Nil Birthday Giveaway

Adik Nil yang bakal bergelar seorang pendidik menganjurkan


sempena hari lahirnya yang ke 20 tahun pada 14 April




Selamat Hari Lahir yang ke 20
Buat Adik Nil






zwani.com myspace graphic comments

Terimalah doa Kak Ayu untuk Nil di hari bahagiamu...

Usiamu menginjak setahun lagi, adikku
Mempamerkan betapa kau sudah dewasa kini
Dalam menongkah arus hidup
Yang tak pernah putus dengan cabaran
Serta dugaan

Sekalung doa ku titip buatmu
Bersama hembusan angin kejayaan
Bersamanya sayap usaha
Ditunjangi mata iman dan takwa
Jua kaki tawakal agar mendaratmu teguh

Namun jangan sekali kau leka
Saat doa ku titip dan terbang padamu
Ingatlah ada taufan bakal melanda
Ada hujan datang menerpa

Pokoknya asalkan sayap usaha lebar terbentang
Dinding durjana pasti kau redahi
Agar kau berjaya dengan jayanya

Doaku buatmu agar kau
Sentiasa cekalkan hati
Bulatkan tekad
Teguhkan usaha
Lihatkan impianmu

Agar impian jadi harapan
Harapan kan  jadi cita-cita
Dan pastinya usaha menyusul
Cita-cita menjadi realiti

Amin......


zwani.com myspace graphic comments

0 comments: